Abah di Taman Rama-Rama

Yay dah puasa!!! Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa. Harap-harap dapatlah abah berpuasa penuh pada tahun ini, Aminnn. Ops kantoi tahun lepas tak penuh.

Sebelum berpuasa hari tu, abah sempat pulang ke Melaka sekejab bagi merehatkan otak dan stress seketika. Masa tu Ammi and Yepan ikut sekali memeriahkan keadaan.

Kucing

Tahniah kepada Ibunda yang berjaya menanam pokok bertumbuhkan kucing. Meow tu ngah menjalankan proses fotosintesis, so jangan kacau.

Balik Melaka hari tu kiterang sempat pi Taman Rama-Rama Melaka. Wah abah ingat dah pupus ya Taman tu sebab seingat abah, last time abah pergi dulu masa kecik. Masa tu ada rama-rama jer. Sekarang dah tukalah pulak nama kepada Taman Rama-Rama dan Reptilia, Ayer Keroh Melaka.

Tapi kena ingat ya, bukan reptilia jer ader. Mamalia pon ada. Ke abah yang tak habis ngaji Sains sebab seekor Tapir itu adakah ianya reptilia? Kompius.

Oke mari kita melawat keadaan kat dalam mengikut interpretasi abah.

budakgemok

Tadaaa. Tu diahhh. Dak gemok dah mai nak serang Taman Rama-Rama katanya. Excited sekali sambil menunjukkan pelekat merah yang harus dilekatkan pabila masuk ke taman itu ya.

Ok lets kita masuk dalam apa ada *Ayattt. Kalah mapley ni.

masuklahh

“Semekommm. Jahhh ohhh jahhhh,”

“La senah, lame tak nampak kao. Masuklah meh meh, tapi masuk sorang2la sebab umah aku ni ko paham jerla laki aku tu tak kasi bajet nak renovet rumah. Biar aku masuk dulu, kemudian baru ko masuk hoke,”

” Cepatla Jah, ada collection Zhulian aku nak soh hang usha ni. Tu la kao sedeh je aku tengok,”

” Nasib dah Senah oii,”

spy

” Oh dem. Ada 3 budak demok2 nak serang kawasan kita! Bola satu bola satu kepada bola dua, over!”

pestanenas

” Bobby, ko dengar tak cam bunyi walkie talkie ni bunyi. Sekarang lunch time sibuk aje nak kacau”

” Tak. Slurpp slurppp,” kata Boby yang melahap tak hengat.

parishilton

Sementara itu….

” Sherin, kita ni kalau nak cantik, kenalah tanned sikit kulit ni…kasi Paris Hilton makan hati ya’ll,”

“Baiklah Mak Ayam…,”

omaigod

” Umang aihhh. Besarnya umpannn eh i mean kameraaaaaa! Guys, check this out!”

umpan

” Ko ni kan Dol, tak padan dengan suntikan Filler mulut tau. Ingat maaakan je. Tapi eh yerla.. aku nampak cam sosej melambai-lambai cam umpan,”

” Demyuh ikan nak makan jari aku plak,” Abah berkata.

” Suka hatila hoke,”

Nangis.

mafia

” Hey, heyyyy. Ni apa bising2 ni. Gua hempok sekali kang ninggal,” sampuk ketua Mafia sambil matanya tajam tertancap secara dramatik.

lumbacepat

” Hampun Mafia, kami dengar ader manusia yang nak serang ikan-ikan sekalian,” kata kura-kura bintang pertama.

” Ye la bos, saya nampak sendiri disebalik dinding ni. Jenuhlah memanjat tadi,” ujar kura-kura bintang kedua.

adaakukesah

” Ada aku kesahh????,” Om Nom Nom Nom.

dsc_4440

” Hey guys, I’m Rihanna. Amberella ella..ella…ella… ehh ehh,”

dsc_4477

“Ko tengok si Ana tu Husin, berangan jer manjang,”

“Ala…ko kutuk, kutuk dier, malam sebut-sebut nama dia gak,”

“Diam!”

dsc_4385

“Okey guys, hari ni kita belajar camana nak jadi Mee masak kicap, Stretchkan badan jangan kasi cam tergulung-gulung”

“Oooohhhhhh,”

dsc_4436

“Bosan la camni. Nak call Tapiriah habis kedit pulak,”

dsc_4443

” Si Ana tu, sajer jer nak tiru idea orang wat jambul camni. Rihanna la konon. Takde maknanya hokei” Om Nom Nom Nom betik.

hoah

” Oh mak kao. Tekejut aku. Nak balik dah ke… Sib baik awak terlepas kali ni sebab tiada makhluk yang mati dipijak. Btw, Pi la singgah kaum-kaum kami yang telah diawet di dalam rumah souvenir.  Harap-harap la roh derang tak ganggu masa you all semua ngah tido ya. Ok fine, gerak dulu beb. Dah lewat nak pi umah Pak Deris ada wat kenduri Nenas katanya. Chalo,”

hadiah2

” Yepan, Ammi, mari balik. Seram thow kat sini,” sambil mengidam nenas.

I had a great time shooting these creatures. Ada lagi binatang cam Ular, Bearcat, ikan, dan pelbagai lagi cuma abah tak larat nak edit sebab esok kena bangun awal pi kerja. Sudah banyak kali datang lambat woooo. Nanti dapat surat chenta. Abah namoh la sebab chenta abah ada satu je. Banyak-banyak kang buat pening kepala. Wahahaha ok fine dah melalut. Hope you guys enjoy ngan cerita pendek abah ke Taman Rama-Rama.

Hopefully, Ammi akan cerita details kat blog dier pasal trip pendek ni. Dier dah start citer pasal kami naik Kapal Cruise pusing bandar Melaka yo! Check em out! ;)

Meh Komen

Ubat Stress

Agak lama abah dok depan pc ni sebab tak tahu nak update apa. My life rasa cam quite boring right now since life abah sekarang banyak tertumpu pada kerja and kerja.

Mungkin sebab terlalu banyak benda nak cerita pastu semua benda cam scattered and akhirnya abah lost.

Mentally exhausted.

Minggu depan dah start puasa. Kejab sangat rasanya dah nak puasa then raya. Excited? Macam biasa, camtu jer la.. Tiada apa yang boleh dibanggakan. Selamat berpuasa :)

Terkilan dengan diri sendiri sebab belum boleh mampu nak beli barang yang dah lama nak. Rasa cam hampa and …. tak tahu nak describe camana. Part ni kira cam merapu dah.

Lately banyak kecewa dengan diri sendiri sehingga mengundang perkataan depress tu. Depress dengan banyak benda. Nasib baik ada dia yang sekali sekala mengalihkan pandangan dan mood abah ke tempat yang lebih let say, kurang depress. Thank you so much. Really appreciated.

So bagi mengubat jiwa yang kacau, abah nak mengucapkan thanx to Shane Dawson jugak sebab video-video dier telah mengubat mental abah yang kelesuan. Siap abah subscribe, add facebook bagai hoke. Shane ko memang best!! Kalau korang nak teman abah layan, sila la layan jugak. Jatuh hati kat character Shanaynay! Tengok jerla video superb ni…

Shane ni memang famous kat US sana tu sebab dier ni nak kata pandai berlakon tu ya jugak. Banyak character dier pegang tapi yang paling famous si Shanaynay ni la sebab ala2 Ghetto gitu. Memang best. Mulut pakai leeeeepas je. Suka suka.

Shane ader 3 Channel. Main Channel, 2nd Channel ngan Iphone Channel. Korang type sendiri nama Shane Dawson tu. Memang best weh. Abah dah layan SEMUA video dier dalam masa 2 minggu. Yes, memang layan. Shane itself memang kelakar. Lagi-lagi kalau hari Isnin ada ruangan “Ask Shane” Tak caya tengok ni jugak.

Matila kan semua nak soh orang tengok. Padahalll abah jer yang ketinggalan zaman tak tahu pasal kewujudan mamat ni. Isk.

Oh ya, dier ni dulu badan obese hokei. Skali ntah camaner ntah leh kurus tang gitu. Hagak kagum jugak la. Inspirational gitu. Tak caya? Meh tepek sikit gambar.

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Makan hatila kao.

Ok dah ape lagi, mari hilangkan kedepressionan masing-masing dengan video-video aneh. I LOVE YOUTUBE and Shane!!!!!!! * Jerit histeria!

Meh Komen

Mis steak

Ko hengat abah nak citer pasal beef steak kah? Oh tidakkk. Ini cerita lainnnnn.

Oke, korang suka tak kalao korang sampai rumah dalam pukul 1 pagi camtu ( ya, abah sekarang balik lewat kerana dateline hari Isnin) lepas tu biler korang keluar kereta, nak menuju ke pintu rumah… sudden suddenly

Gambar from Google

Dengar bunyi budak perempuan menangis cam ala-ala sayu bunyinya.

Demit. Masa tu korang pikir satu je kan… Lepas tu… gelap la pulak nak cucuk pintu rumah dengan kunci rumah.

Demit dan demit la kan…

Hah kao. Tak ke seram-seram kekdahnya kalau berada di dalam situasi ini? Well i did.

:((

Keji tau nak teghiak-tenghiak tengah malam sambil sayu-sayu berlagu. Masa tu dalam hati abah, cuma cakap…

“Please, jangan ngilai…jangan ngilai..,”

Kannnnnn.

Sebab kalau citer hantu kat TV tu “benda tu” suka nangis-nangis dulu then baru mengilai as if weeeeeeeee terbanggg-terbangggggg kan. Lepas tu mangsa menjerit sekuat Octave 5 Mariah Carey.

Well, abah tak boleh sampai sebab kan sakit tekak kesan demam hari tu. Biasanya sambil masak selamba je high notes.

Hahhahaha ok sila jangan percaya.

Then, tak abis citer lagi ni. Abah pon masukla ke rumah dengan harapan, benda tu tak slide masuk sekali.

Bayangkan, kalau abah masuk, lepas tu benda tu slide… abah pon toleh belakang, alih-alih benda tu dah ada kat penjuru rumah sambil rambut jatuh ke depan.

Masa tu nak buat apa eh?

  • Nak jerit?
  • Pengsan?
  • Baca ayat-ayat suci apa yang patut (Which is kalau dalam keadaan gabra macam tu sempat lagi ke nak browse otak ni pikir ayat apa yang sesuai???)
  • Kelu
  • Bebel sorang-sorang soh keluar sebab motif nak masuk-masuk sebab tak de sape jemput. Malu je.

Haaa sekarang bolehla kan gelak-gelakkkkkkk. Hayoo tetibe abah seram balik pikir pasal malam tadi.

Oke oke sambung ( la tak habis lagi?)

(Sampai mana tadi eh? Jab scroll atas jab) Hah abah selamat masuk ke rumah. Then abah pon masukla bilik, letak-letak barang semua.

Demittttttttt. Air milo Mc D yang belum diminum tertinggal la pulak dalam kereta!!!!!!

Hadoiii. Drama melayu sangat kan. Ni abah tak suka ni sebab citer kat TV tu selalu tunjuk mangsa ( mangsa katanya?) kena masa second round. Yela kan… benda tu mesti kata ” Cis, tak dapat di serangan pertama. Harus cuba lagi ni. Second chance)

Kan…

Well, demi air milo dan Mc D yang semakin tahun semakin mahal menunya, abah pon sepantas kilat catwalk (sempat lagi tu) pi hamik air milo tu. Gigih tak gigih ko tengokkk. Sanggup tau.

Masa hamik air milo dalam kereta tu abah just pikir benda lain. Jangan pikir pasal benda tu walaupon mata melilau kot-kot benda tu menjelma kan. Haishhhhh. Mintak simpang.

Masa tu abah pikir

” Ni sambil makan Mc D ni nak bukak citer apa eh nak layan sambil makan?” Bolehhhh? Boleh kan jeeeeeee. Asalkan tak pikir benda tu atas bumbung, berkain putih yang lusuh, berambut panjang, bermata merah dan bergigi taring macam cangkuk pancing ikan (Hebat ni imaginasi)

Matila gambar seram dari Google lagi. Mrasa korang try tido malam ni.

Asik-asik hantu kat TV tu mesti cantik2. Rambut ala- rebonding. Bosan. Paku tengkuk wat bini. Kikikikiki.

Dan ending cerita meraban ni, adalah….

Abah selamat masuk rumah, tido dalam kekenyangan.

Pundek sangat citer mistik ni.

Meh Komen

Mimpi horror

OMG, baru abah teringat. Malam tadikan, abah mimpi sesuatu yang menakutkan. Isk mimpi tu stok dah terjaga pon siap bebel2 lagi mulut.

Ok cam ni. Pada suatu tengahari / pagi, abah and kengkawan (masa ni tak ingat saper yang ada masa tu) sedang duk lepak-lepak tepi pantai. Gedik sangat tau main air tepi pantai. Masa tu cam biasa la, duk merapu gurau senda simbah-simbah air kan..

Then, tetibe air pon pasang. Makin lama, makan naik ke atas. Masa tu abah cakap

” Eh, air dah pasang. Jum ah balik,” sambil dah bergegas-gegas hamik selipar nak balik katanya.

Then, tetibe air jadi tenang. Ek eh. Tadi cam nak ghak siap tarik-tarik abah nak hanyutkan selipar abah tetibe tenangla pulak air ni. As if macam korang tengok air dalam baldi. Tak berkocak pon. Cam air sungai la tenangnya. Janganla pulak ko pikir Sungai Air Terjun Niagara. Ala… bayangkan je air yang tenang plis. Tatau nak explain.

Nah gambar. Ni tetiba tau ombak laut yang berhempas-hempas jadi camni pulak. Very the cerita Twilight Zone. Bukan vampire cintan tu tau. Ni twilight lain. Yang misteri nusantara hah… (Gambar daripada encik google)

Tetibe kan… Abah cakap la lagi ( Motifla dalam citer ni abah banyak cakap! Orang lain malas sangat baca skrip tau. Tak hafal la tu time shooting)

“Eh, ni mesti ombak kuat kejab lagi sebab dier mesti hamik masa kumpul energy nak hempas skali gus ni,”

Tu diah. Ntah mane teori yang abah pakai pon tak tahu. Geografi fail sangat. Maklumla kalau kamera dah hala ke muka, kiter kena baca dialog ikut dan je sebab camera tengah rolling.

Ok then, sangkaan abah betul. Makin lama dari jauh kan… makin besar tau ombak dia. Abah dah siap-siap nak lari dah ni. Tapi masa tu tak terpancul pulak dialog ” Tolonggg, tolonggg, ombak besar!!,”

Sebab masa tu dah ingat nak lari je ni. Sekali abah pon toleh belakang. Ombak tuuuuuu dah cecah macam menara KLCC okeee tunggu masa nak tenggelamkan orang termasuklah abah.

Macam movie melayu la citer ni sebab biler tengah cuak je, abah pon terjaga dari mimpi. Sambil ucap Ya Allah (Kan.. dramatik ni)

Hah kao. Malas lagi bangun pagi kan. Mrasa!

Horror tak horror tak? Horror oke as if real sangat benda tu. Ammi pon ada pernah citer pasal mimpi ombak besar satu ketika dulu ( lirik melayu lentok sangat. Ada satu ketika, satu ketika eh)

Ape ni semua mimpi nak ombak-ombak. Ei, Ongbak 3 nak keluar dah kan. Tapi 1 ngan dua lom tengok lagi. Tak berpeluang katanya.

Ok fine. Lepas dah buat sedikit research kat internet, Ada beberapa rumusan yang boleh disimpulkan.

1. Kalau mimpi air, tidak kira dlm bentuk mana, dia akan lulus peperiksaan nanti ( Ok bebaru ni takda hamik ape2 exam)

2. Kalau air jernih, rezeki elok, air kotor, dapat sakit ( Mimpi abah biru cam gambar ombak kat atas. Gambar ihsan daripada encik google)

3.  Mimpi ombak besar bermakna rezeki anda sedang dipermainkan (Hayoo saper nak main-mainkan ni)

4. Kalau air tenang – biasanya emosi tenang, percintaan stabil. Lepas tu kalau ombak besar ganas pulak – emosi tak stabil, emo lantas memarah. ( Hayoo dalam mimpi abah ni, dua-dua pon ade ni. Hmph)

5. Petanda nak dapat jodoh ( Errr kenapa mimpi yang sangat horror baru nak kasi tahu dapat jodoh?)

Ok fine, tak larat dah nak reseach. Yang penting jarang abah akan ingat balik mimpi malam tadi tapi hari ni tetibe teringat balik.  Hmmm ada sesaper yang dah pernah lalui mimpi ni sebab rasa cam pelik la mimpi ni.

P/s: Make sure lepas ni semua pelakon mimpi baca skrip ya. Tak larat nak improvise sorang-sorang. Asyik abahhhhh je nak dramatik lebih. Nah skrip ni. Good Nitee.

Meh Komen

Takde tajuk, malas pikir

Related Posts with Thumbnails

Meh Komen

Page 1 of 7212345678910203040...Last »